Sertai Kursus Sijil
Pemasaran Digital Sekarang!
Adakah anda dalam golongan ini?
- Baru memulakan perniagaan dalam atas talian
- Pemilik perniagaan yang ingin tahu selok belok dunia pemasaran digital
- Mahu menceburi bidang pemasaran digital sebagai kerjaya
- Coach/Trainer yang memerlukan persijilan
Kursus ini sesuai untuk anda!
-
Kuasai TrendPemasaran
Media SosialDaftar Sekarang -
Bina Pelan
PemasaranSecara EfektifSertai Sekarang -
Sesi InteraktifPerkongsian
Pengamal
IndustriKetahui Lebih Lanjut -
Rangka StrategiContent
MarketingDaftar Sekarang
01
INFO PROGRAM
DIGITAL MARKETING MASTERCLASS iCEPS-KOWENA
Kursus pemasaran digital ini dijalankan secara ‘online’. Hanya 25 orang perserta bagi setiap kursus selama 3 bulan. Kelas akan berlangsung pada hari Sabtu selama 4 jam dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari. Modul kursus ini mengandungi:
Minggu 1
Pelan & Strategi Pemasaran
(Marketing Planning & Strategy) Pelajari strategi pemasaran yang efektif untuk membolehkan perniagaan anda terus maju dan berkembang. Antara fungsi strategi pemasaran adalah untuk meningkatkan jumlah jualan dan meningkatkan kesedaran penjenamaan (brand awareness).Minggu 2
Pemasaran Kandungan
(Content Marketing)
Pelajari pemasaran kandungan yang dapat menarik perhatian pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Pemasaran kandungan membolehkan anda mencapai sasaran perniagaan dengan mudah apabila anda merancang strategi dan memaksimalkan pemasaran kandungan.
Minggu 3
Pemasaran Facebook
(Facebook Marketing)
Adakah anda menggunakan Facebook sebagai medium kepada perniagaan anda? Jika ya, modul ini sangat sesuai untuk anda mengoptimumkan penggunaan Facebook bagi tujuan memasarkan produk dan berkomunikasi bersama pelanggan. Pelajari pelbagai tools Facebook for Business, dan FacebookAds yang disediakan oleh Facebook.
Minggu 4
Pemasaran Instagram
(Instagram Marketing)
Instagram kini menyediakan pelbagai tools yang boleh digunakan oleh peniaga untuk memasarkan produk atau servis mereka. Antara tools yang berguna ialah Instagram Shop, Instagram Reels, dan Instagram Story. Pelajari cara untuk iklankan produk atau servis anda melalui InstagramAds dan bersedia untuk memintas persaingan anda!
Minggu 5
Pemasaran TikTok
(TikTok Marketing)
TikTok for Business dan TikTok Shop merupakan sebuah ciri baru yang diperkenalkan oleh platform paling popular ini. Ciri-ciri terbaru membolehkan pengguna membeli-belah hanya menggunakan TikTok. Di dalam program ini, anda akan mempelajari strategi untuk menggunakan TikTok Ads sebagai salah satu medium pemasaran yang efektif.
Minggu 6
Pemasaran Google
(Google Marketing)
Apakah itu SEO dan SEM? Bagaimana cara untuk mendapatkan kata kunci yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda muncul di carian pertama Google? Fahami juga bagaimana untuk mengoptimumkan laman web anda di Google. Pelajari pemasaran Google melalui Google Ads untuk mengembangkan lagi bisnes anda.
Minggu 7
Pemasaran YouTube
(YouTube Marketing)
Semestinya anda pernah menonton video iklan beberapa saat semasa ingin menonton video di Youtube. Bagaimana cara dan berapakah kos untuk mengiklankan produk atau servis anda? Pemasaran YouTube mendedahkan anda kepada aspek-aspek penting untuk meningkatkan lagi jualan produk atau servis anda melalui iklan di Youtube.
Minggu 8
Menghasilkan Laman Web (WordPress)
(Website Development with WordPress)
Adakah anda mempunyai laman web tersendiri untuk memasarkan produk atau servis anda? Jika belum, laman web WordPress sangat berguna untuk anda menarik perhatian pelanggan. Memiliki laman web sendiri bermakna perniagaan anda tidak hanya bergantung kepada media sosial. Di dalam modul ini anda akan memahami betapa pentingnya menjamin penghasilan kandungan yang berkualiti di samping membina laman web dengan penuh teratur agar menjamin jenama bisnes anda.
Minggu 9
Pembangunan Laman e-commerce (Woo Commerce)
(E-Commerce Development with WooCommerce)
Lengkapkan WordPress anda dengan WooCommerce untuk menaiktarafkan laman WordPress anda. WooCommerce digunakan sebagai medium yang memudahkan pelanggan anda melakukan transaksi jual beli tanpa sebarang masalah. Pelajari kegunaan dan fungsi WooCommerce.
Minggu 10
Pemasaran melalui Email & Mobile
(Email and Mobile Marketing)
Pemasaran emell dan mobil membolehkan anda untuk memasarkan produk atau servis and dengan kos yang rendah. Melalui laman WordPress, anda boleh mendapatkan data pelanggan melalui “Subscribe for more details.” Adakah pemasaran emel berbaloi? Kuasai ilmu pemasaran emel dan mobil bersama tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam topik ini.
Minggu 11
Pembentangan
(Presentation)
Para peserta akan diberi peluang untuk mengutarakan idea-idea strategi pemasaran digital dengan mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang program ini. Maklumbalas yang didapati secara langsung bakal membantu anda memperkukuhkan idea yang dibentangkan.
Minggu 12
Sesi Pemberian Sijil & Penganugerahan
(Award & Certification Ceremony)
Tahniah! Peserta akan dianugerahkan sijil yang diiktiraf oleh UiTM iCEPS. Sijil profesional ini boleh digunakan untuk membina kredibiliti anda sebagai seoarang Digital Marketer dan sah digunapakai di dalam resume dan juga profile LinkedIn anda.
02
AGENDA PROGRAM
DIGITAL MARKETING MASTERCLASS iCEPS-KOWENA
Kuasai Dunia
Pemasaran Digital Terkini.
Dunia digital sentiasa berubah dari masa ke semasa berdasarkan algoritma dan data.
Bagi pemilik syarikat yang tidak berpengalaman dengan pemasaran digital, anda akan mengalami kesukaran untuk mengikuti setiap trend ini.
Tingkatkan kemahiran anda dengan Kowena Pemasaran Digital Masterclass dan kuasai segala aspek pemasaran digital untuk memacu perniagaan anda.
Pelajari Strategi
Pemasaran Digital.
Program Digital Marketing Masterclass ini merupakan sebuah kursus yang komprehensif dan padat. Kursus ini sesuai untuk golongan yang ingin mempelajari pemasaran digital dengan lebih mendalam.
Kursus ini merangkumi beberapa topik seperti Asas Pelan Pemasaran Strategik, Pemasaran Media Sosial (Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube, Iklan Carian Google, Iklan Video, SEO, Pembangunan Laman Web dan Web eCommerce serta Pemasaran Email.
Kursus ini akan membantu peserta dari segi:
- Pemahaman konsep dan kepentingan menguasai medium saluran pemasaran digital.
- Peningkatan ilmu pengetahuan mengenai cara untuk mengintegrasikan medium pemasaran perniagaan digital dengan lebih berkesan.
- Pemahaman tujuan dan fungsi bagi mengintegrasikan setiap saluran pemasaran untuk meningkatkan jumlah jualan.
- Peningkatan ilmu mengenai strategi dan teknik pemasaran digital.
[Sijil yang diiktiraf oleh iCEPS, UiTM akan diberi setelah tamat pembelajaran]
03
TENAGA PENGAJAR
DIGITAL MARKETING MASTERCLASS iCEPS-KOWENA
Pakar Pemasaran Digital Profesional
Suraya Ali merupakan pengasas kepada Lunaworks dan juga penulis buku Travellis Jepun (Tokyo). Beliau merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Komunikasi Data dari Universiti Multimedia. Kepakaran beliau adalah Search Engine Optimization (SEO) dalam pemasaran digital medium seperti Google, Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
Berikut merupakan pengiktirafan yang dicapai oleh Suraya:
- Certified Master Trainer eUsahawan daripada Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC)
- Mewakili Malaysia sebagai Facebook Lead Trainer.
- Professional Pemasaran Digital daripada Digital Marketing Institute Ireland
- Diploma dari LRN Level 3 Digital Entrepreneurship
Pengarah Urusan, Youmeden
Luqman Hakim merupakan Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Digital Youmeden. Kepakaran beliau adalah Search Engine Optimization (SEO), pay-per-click (PPC), sistem web, software development, e-commerce, pengiklanan dan analisis data. Beliau berkecimpung dalam bidang mentor dan jurulatih sejak tahun 2011.
Team Manager, Youmeden
Pengasas & Ketua Fasilitator Pembelajaran, Goldmind Evolution
Coach Ejul merupakan pengasas kepada beberapa modul seperti Evolusi Diri!, Evolusi A+ Customer Service, EVOLUSI! Usahawan Superb, EVOLUSI! Team Superb dan eVOLUSI! xSuperb.x. Antara hasil karya beliau, eBook Skrip Copywriting, eBook Memulakan Bisnes Latihan & Pembelajaran, 7 Prinsip Kejayaan, dan eBook BMC Made Easy (Untuk Bisnes Latihan dan Pembelajaran)
Ejul Lutfi adalah pengamal sistem ‘Professional Learning Facilitators’ dan ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau juga memperoleh beberapa pensijilan profesional seperti:
- Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) dari Take Charge Sdn Bhd
- Certified SOIF Coach (Mastery) dari Take Charge Sdn Bhd
- Certified Train the Trainer daripada Richwork Resources Sdn Bhd
- Certified Trainer MasterPIES dari Total Success Sdn Bhd
Mohd Zuhazri bin Azmi merupakan lulusan daripada Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memiliki Master of Business di OUM. Beliau juga berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian sebuah syarikat swasta berstatus MSC (Malaysia Super-Corridor) selama lima tahun.
Mohd Zulhazri memiliki pengalaman dalam bidang teknologi maklumat dan pernah mendapat kursus professional dari Microsoft (M). Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar bersama Microsoft (M) selama lima tahun. Berikut merupakan sijil profesional yang dimiliki oleh beliau:
- Certified SOIF Coach
- Professional Learning Facilitator (PLF)
- Certified NLP Hypnotherapy
BLOGGER MALAYSIA DAN PENGASAS HASHIMAS
Nik Samihah atau lebih dikenali sebagai Cik Nik Nock merupakan pengasas kepada Hahimas Green Tea. Kepakaran beliau adalah penggunaan WordPress website, Search Engine Optimization, Facebook page, Facebook Ads, Instagram for Business, IG ads, Shopee marketplace, copywriting dan Canva.
Beliau juga memiliki pengalaman sebagai Perunding IT selama 20 tahun. Cik Nik mempunyai minat yang mendalam dalam pemasaran atas talian yang melibatkan visual digital seperti Instagram.
04
FAKTA MENARIK
DIGITAL MARKETING MASTERCLASS iCEPS-KOWENA
-
200%
Peningkatan peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang Pemasaran Digital*
* Sumber: Tan, J. (2021) Marketing and ad hiring outlook in MY and SG recovers, Indonesia yet to bounce back. https://www.marketing-interactive.com/marketing-and-ad- hiring-outlook-in-my-and-sg-recovers-indonesia-yet-to-bounce-back
-
98.7%
Pengguna Internet di Malaysia secara puratanya meluangkan masa selama 1 jam online, membuka peluang yang meluas kepada pakar pemasaran digital untuk merebut perhatian mereka*
* Sumber: Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). (2021) Internet Users Survey 2020. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy
/media/General/pdf/IUS-2020-Report.pdf
-
USD786b
Jumlah yang dijangkakan akan dibelanjakan untuk pengiklanan dan pemasaran digital di peringkat global, pada tahun 2026*
*Sumber: https://www.globenewswire.com/news-release/2021/11/22/2339103/28124/en/Global-Digital-Advertising-and-Marketing-Market-Report-2021.html
-
10+2
Sesi akan dijalankan selama 12 minggu, setiap Sabtu dari 9 pagi sehingga 1 petang.
10 modul memberi fokus kepada pengetahuan mengenai Pemasaran Digital, diikuti dengan sesi pembentangan sebelum peserta dianugerahkan sijil secara rasmi.
-
Hibrid
Kursus dijalankan secara online dan fizikal, melibatkan teori dan aplikasi untuk pengalaman yang lebih praktikal. Program dijalankan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, dipenuhi dengan sesi interaktif.
-
Fleksibel
Fi kursus adalah RM2,300 sahaja. Untuk kemudahan anda, terdapat beberapa pilihan mod pembayaran yang ditawarkan kami. Bayaran juga boleh dibuat melalui https://www.billplz.com/kowenadigital
05
PENGANJUR PROGRAM
DIGITAL MARKETING MASTERCLASS iCEPS-KOWENA
Bersama memperkasakan
budaya pembelajaran
sepanjang hayat.
Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS)
Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) merupakan sebuah institusi di bawah seliaan UiTM. iCEPS menyediakan kajian profesional dalam pelbagai bidang bagi mewujudkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran pada masa hadapan.
iCEPS bertanggungjawab mengalakkan pembangunan dan penambahbaikan Program Profesional sebagai program alternatif dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat. iCEPS juga memperkasakan budaya pembelajaran dan pengajaran agar merangkumi aspek pembelajaran berasaskan pelajar, e-pembelajaran, serta kreativiti dan inovasi.
Koperasi Wena Selangor Berhad (KOWENA)
Koperasi Wena Selangor Berhad (KOWENA) merupakan ahli kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Malaysia (WENA). KOWENA terdiri daripada usahawan-usahawan wanita yang berpengalaman dari pelbagai jenis perniagaan dan industri. Wanita KOWENA layak menjadi tenaga pengajar dan mentor kepada usahawan wanita yang lain untuk membantu mereka memperkembangkan perniagaan masing-masing.
Sebagai ejen penyumbang kepada pembangunan keusahawan wanita, KOWENA memaksimakan pulangan ahli melalui pelbagai jenis pelaburan dan aktiviti perniagaan di samping membangunkan kebolehan ahli.

06
DAFTAR SEKARANG!
ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
06
DAFTAR SEKARANG!
ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Pendaftaran kini dibuka. Tempat adalah terhad.
Jadual sesi 2022:
Jun | Julai | Ogos | Sept | Okt
Instagram
Kowena Digital Marketing Masterclass
Telefon
+60123999471
Instagram
Kowena Digital Marketing Masterclass
Telefon
+60123999471